MY | ENG

Sejarah Penubuhan

Ideologi Koperasi mula bertapak di Negeri-negeri Tanah Melayu semenjak tahun 1907. Sir Arthur Young adalah orang pertama yang membuat percubaan untuk memperkenalkan ideologi Koperasi di kalangan penduduk Negeri-negeri Tanah Melayu dahulu hasil daripada kajian pergerakan ini di Cyprus. Walaupun beliau gagal dalam percubaan ini, beliau tidak berputus asa dan apabila beliau dilantik sebagai Chief Secretary di Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu pada tahun 1911, beliau menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk membuat kajian lanjut dalam perkara tersebut.

Sungguhpun perakuan-perakuan Jawatankuasa berkenaan tidak mendapat maklumbalas yang baik daripada masyarakat pada waktu itu, namun Sir George Maxwell selaku Chief Secretary bersama Sir Arthur Young telah menghantar Mr.C.Cavendish dari The Malayan Civil Service ke negara Burma pada 14bh. April, 1921 untuk mengkaji kejayaan pergerakan koperasi di negara tersebut. Sekembalinya dari Burma, beliau telah membuat beberapa perakuan. Perakuan tersebut telah menghasilkan kelulusan suatu undang-undang baru yang dikenali sebagai The Co-operative Societies Enactment, 1922.

Koperasi Jimat Cermat dan Pinjaman Telekom Malaysia Berhad atau ringkasnya Kota Mas Berhad ditubuhkan pada 21hb. Julai, 1922 dan diasaskan oleh 175 anggota dengan modal sebanyak RM987.00. Nombor pendaftaran Koperasi ialah1/1922 (Koperasi yang pertama ditubuhkan). Justeru itu, Kota Mas bukan sahaja berdiri teguh sebagai sebuah koperasi pelopor dalam gerakan koperasi di negara ini bahkan telah menjadi perintis terhadap pembangunan koperasi di negara ini. Presiden koperasi yang pertama ialah Mr.T.AMelville. Nama Koperasi ini pada mulanya ialah The Federated Malay State Posts and Telegraphs Co-Operative Thrift & Loan Society, Limited.

Nama tersebut telah diubah beberapa kali seperti berikut :

  • The Postal and Telecommunications Co-operative Thrift and Loan Society, West Malaysia Limited, mulai 15hb. Disember, 1979.
  • Koperasi Telekom Malaysia Berhad atau Kota Mas Berhad mulai 24hb. Okt. 1986.
  • Koperasi Jimat Cermat & Pinjaman Telekom Malaysia Berhad mulai 12hb. Jan. 1995.
  • Koperasi Telekom Malaysia Berhad mulai 20hb. Mei, 1998.

Walaupun pada awal penubuhannya, Koperasi memberi perkhidmatan kepada pekerja di Jabatan Pos dan Telekom tetapi pada 30hb. Mei, 1975, atas arahan khas daripada Pendaftar Koperasi-koperasi Malaysia, sebuah koperasi khas untuk anggota pekerja pos telah ditubuhkan (Koponas). Selaras dengan itu, keanggotaan Koperasi telah dihadkan kepada pekerja Telekom sahaja. Manakala pekerja Pos (yang sebelum ini menjadi anggota Koperasi) diberi pilihan untuk mengekalkan keanggotaan di Koperasi ini atau memilih menjadi anggota Koponas. Bilangan pekerja Pos yang masih menjadi anggota Koperasi ini hingga kini seramai 402 orang.

Info Korporat - Ahli Lembaga Pengarah sidelink Perutusan Khas Profil Korporat Ahli Lembaga Pengarah Jawatankuasa Negeri Jawatankuasa Audit Dalaman Barisan Pentadbiran Anak Syarikat Pencapaian & Anugerah Sejarah Penubuhan INFO KORPORAT