Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah S.W.T serta Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Syukur alhamdulillah dengan izin Allah saya diberi kesempatan untuk menyampaikan perutusan pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-91 bagi tahun 2022. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Anggota Perwakilan, barisan Anggota Lembaga Pengurusan dan warga kerja Koperasi Telekom Malaysia Berhad kerana semangat kerjasama dan sokongan dalam memajukan Koperasi ini.

Seluruh negara menghadapi cabaran yang begitu besar akibat daripada Pandemik Covid-19 yang melanda. Koperasi Telekom Malaysia Berhad juga menghadapi impak berikutan pelbagai aktiviti perniagaan yang tidak dapat dilaksanakan.

Pada tahun ini, Koperasi Telekom Malaysia Berhad akan menyambut ulang tahun yang ke-100 tahun. Walaupun tahun ini tahun yang agak mencabar dari segi kewangan tetapi kita akan bersama-sama merangka pelbagai cara untuk kita memulihkan ekonomi Koperasi sekaligus meningkatkan pendapatan Koperasi dan dapat memberi lebih kebajikan kepada semua anggota.

Koperasi Telekom Malaysia Berhad adalah Koperasi pertama di Malaysia dan saya berharap dengan kerjasama dan semangat yang dipupuk akan terus memajukan koperasi dan menjadikan Koperasi Telekom Malaysia Berhad kekal relevan serta menjadi contoh dalam kalangan Koperasi. Dengan berkat sokongan semua Anggota dan Anggota Lembaga Pengurusan, saya yakin kita akan berjaya mengharungi cabaran ini dengan jayanya.

Akhir kata, semoga semua usaha yang kita lakukan akan membuahkan hasil dan menjadikan Kota Mas sebuah Koperasi yang teguh, mampan dan dinamik secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

PENGERUSI
Koperasi Telekom Malaysia Berhad

PENGERUSI
Koperasi Telekom Malaysia Berhad