Anak Syarikat

Kota Mas Trading & Services Sdn Bhd
Kota Mas Trading & Services Sdn Bhd
Kota Mas Trading & Services Sdn Bhd adalah 100% anak syarikat Bumiputera di bawah Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kota Mas). Ditubuhkan pada 10 October 1998. Mengambil langkah berani untuk cabaran dan bersaing di dalam dunia perniagaan. Ia juga memainkan peranan penting dalam membantu pelanggan membekalkan segala aspek produk dan perkhidmatan komunikasi.
Sebagai syarikat yang mengkhususkan peroduk premium dan korporat, Kota Mas telah membuktikan dengan adanya pelbagai pelanggan dan kestabilan syarikat. Dengan kemunculan cabaran dari syarikat baru dalam industri ini, kami telah menaikkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan dan kami telah bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Objektif Syarikat
Untuk memberikan penambahan, ketinggian dan kualiti yang terbaik dalam perkhidmatan. Untuk membina perniagaan jangka panjang dan menjaga hubungan baik dengan pelanggan kami. Untuk memberikan perundingan yang cemerlang dan memastikan pelanggan berpuas hati berdasarkan kehendak mereka dan menepati permintaan mereka serta objektif dalam masa yang terhad/idea dari pelanggan. Untuk menambahkan lagi pelanggan dengan perkhidmatan yang cekap dan kos penyelesaian yang berkesan.

Hubungi kami
Kota Mas Trading & Services Sdn Bhd
No 94, Tingkat 1,
Wisma Kota Mas, Kompleks Damai,
Jalan Dato Hj Eusoff, 50400 Kuala Lumpur.
Tel : 03-4045 4354
Fax : 03-4045 7140
Email : kotamastrading@kotamas.com.my Fazlina : 03-4045 8211

Kota Mas Travel & Tours Sdn Bhd
Kota Mas Travel & Tours Sdn Bhd
Kota Mas Tarvel & Tours Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 25 Oktober 1989. Sebelum ini ia dikenali sebagai Prestige Travel & Tours Sdn Bhd sehingga nama baru ditukar dan didaftarkan pada 26 Januari 2001 dan kini ia adalah salah satu syarikat pelancongan bumiputera yang stabil di Malaysia serta menawarkan perkhidmatan pelancongan yang melebihi 5 hari. Kota Mas Travel & Tours juga adalah agen IATA kredit dan melaksanakan urusan perniagaan dengan syarikat-syarikat penerbangan yang besar di dunia.

Kota Mas Tarvel & Tours dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Telekom Malaysia (Kota Mas) dan Kumpulan Telekom Malaysia, Peneraju gagasan telekomunikasi di Malaysia. Kota Mas Travel sentiasa mengadakan promosi pelancongan sama ada di dalam negeri atau diluar negara. Perniagaan utama ialah perlancongan untuk kakitangan kerajaan, korporat dan awam.

Misi
Memperkenalkan Malaysia sebagai tempat percutian dan pengumpulan supaya pelanggan menikmati pengalaman yang menyeronokkan.

Matlamat
Menjadi yang terbaik dalam pasaran dengan memberikan produk dan perkhidmatan yang cemerlang pada harga yang berpatutan.

Alamat
Kota Mas Travel & Tours Sdn Bhd
No 94, Tingkat Bawah,
Wisma Kota Mas Jalan Dato Hj Eusoff,
Kompleks Damai, 50400 Kuala Lumpur.
Tel : +60 (03) 4045 4822
Fax: +60 (03) 4045 4832
Email: kmastour@kotamas.com.my
Talian lain Norhayati: 03- 4045 5596 Mahanum: 03- 4045 4821

Copyright © 2010-2017 Koperasi Telekom Malaysia Berhad. Tel: 03-4042 7766/7/8/9 | Fax: 03-4043 9071