Category "Makluman"

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua anggota  Kota Mas yang dihormati,

Alhamdulillah berkat doa serta sokongan tanpa kompromi dari semua,  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tanggal 19 Jun 2017 menerusi Penghakiman persetujuan memutuskan  bahawa Ahli Lembaga Kota Mas dikembalikan kuasa untuk mentadbir urus Kota Mas dan bukan lagi Pentadbir dari  Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Tarikh kuatkuasa adalah mulai pada 19 Jun 2017.

Dengan penghakiman tersebut, tiada lagi orang luar yang mentadbir urusan Kota Mas. Sebaliknya kami, dengan kuasa yang telah diberikan akan memikul dan menjalankan tanggungjawab demi kebaikan ahli-ahli keseluruhan nya.

Sesungguhnya keputusan yang positif ini adalah sesuatu yang sangat di tunggu-tunggu setelah  Kota Mas telah melalui pelbagai cabaran serta dugaan yang silih berganti,  bermula dengan kemelut dalaman sehinggalah insiden yang mengejutkan seluruh negara. Sebagai ALK, kami menerima gelombang ini sebagai rentetan peristiwa yang perlu diteladani tanpa menuding jari menyalahkan sesiapa dan yakin pihak berwajib menjalankan tugas mereka sebaik yang mungkin demi untuk menegakkan keadilan.

Kami menyeru  para anggota Kota Mas agar terus menyokong kami  dan tidak membuat sebarang  andaian dan spekulasi yang tidak berasas.  Kami berikrar demi kesinambungan serta kecemerlangan Kota Mas, kebajikan ahli sentiasa menjadi keutamaan.  Beberapa penambahbaikan akan sentiasa menjadi agenda utama memastikan Kota Mas relevan dalam Era koperasi negara.

Sempena bulan yang mulia ini marilah kita berdoa agar kami diberi kekuatan ,serta dihindari dari hasad dengki demi untuk kemajuan Kota Mas.

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1438H, maaf zahir batin.

 

Ahli Lembaga Pengarah Kota Mas.

 

23 Jun 2017

Kepada

SEMUA ANGGOTA KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD (KOTA MAS)

YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan

AKTIVITI KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD (KOTA MAS)

Sukacita dimaklumkan bahawa semua aktiviti dan operasi pentadbiran Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTA MAS) masih berjalan seperti biasa.
Semua urusan permohonan berkaitan pinjaman/pembiayaan, keanggotaan baru, anggota berhenti dan lain-lain aktiviti yang melibatkan anggota-anggota Koperasi Telekom Malaysia Berhad masih berjalan seperti biasa

Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan pejabat Koperasi ditalian 03-40427766.

Sekian Dimaklumkan

Salam Hormat

 

Copyright © 2010-2017 Koperasi Telekom Malaysia Berhad. Tel: 03-4042 7766/7/8/9 | Fax: 03-4043 9071