Insurans

Insurans

A) Takaful / Insurans Berkelompok
1.1 Insurans Berkelompok Mutiara Plus Takaful Etiqa Skim Perlindungan Hayat Koperasi Telekom Malaysia Berhad telah menjalinkan kerjasama dengan Etiqa Takaful Berhad untuk mewujudkan satu pelan perlindungan yang istimewa khusus untuk anggota koperasi yang mana pelan Takaful Mutiara Plus di perkenalkan di pasaran yang merangkumi faeadah serta kebaikan yang bakal dinikmati seperti berikut:- Faedah
1. Perlindungan 36 jenis penyakit kritikal
2. Elaun harian kemasukan ke wad/hospital bagi tempoh minima 6 jam.

    Perbelanjaan pengebumian RM2,000 untuk ahli dan RM1,000 untuk pasangan serta RM500

    (anak-anak-maksimum 3 orang)
3. Perlindungan merangkumi kematian dan keilatan kekal menyeluruh berpunca daripada penyakit dan kemalangan.
4. Perlindungan keilatan separa kekal mengikut skala yang ditetapkan.
5. Pasangan dan anak-anak boleh menyertainya. Semua manfaat di atas dapat dinikmati dengan

    sumbangan serendah RM30.00 sebulan Pelan ini juga ditawarkan kepada anggota selaras

    denganPerlaksanaan Pembiayaan Syariah yang diperkenalkan oleh pihak Koperasi.

 

1.1 Insurans Berkelompok Mutiara Plus Takaful Etiqa
A) BORANG TUNTUTAN RAWATAN HOSPITAL (SEC. A)
Anggota perlu mengisi borang tuntutan sendiri sekiranya anggota di wadkan KURANG daripada 20 hari.

Sila sertakan dokumen dibawah:
1. Salinan Discharge summary (dinyatakan sakit apa)
2. Salinan bil hospital (jika ada)
3. Salinan kad pengenalan
4. Salinan dokumen yang berkaitan

Borang tuntutan yang telah lengkap hendaklah dipos atau dihantar melalui serahan tangan ke Kota Mas. Pastikan Borang tuntutan yang dihantar adalah yang original bertandatangan.
(Borang Tuntutan Rawatan Hospital Sec. A)

B) BORANG TUNTUTAN RAWATAN HOSPITAL (SEC. B)
Anggota perlu menyediakan dua (2) borang tuntutan iaitu Borang (SEC.A) dan Borang (SEC. B) sekiranya anggota di wadkan MELEBIHI daripada 20 hari.
Borang Tuntutan Rawatan Hospital (SEC. B) perlulah mendapatkan pengesahan daripada Doktor yang merawat.

Sila sertakan dokumen dibawah:
1.salinan Discharge summary (dinyatakan sakit apa)
2.salinan bil hospital (jika ada)
3.salinan kad pengenalan
4.salinan dokumen yang berkaitan

Borang tuntutan yang telah lengkap hendaklah dipos atau dihantar melalui serahan tangan ke Kota Mas. Pastikan Borang tuntutan yang dihantar adalah yang original bertandatangan.
(Borang Tuntutan Rawatan Hospital Sec. B)

C) BORANG TUNTUTAN RAWATAN PENYAKIT KRITIKAL
Borang tuntutan yang telah lengkap hendaklah dipos atau dihantar melalui serahan tangan ke Kota Mas.
Pastikan Borang tuntutan yang dihantar adalah yang original bertandatangan.

Sebelum muat turun borang sila hubungi pegawai insurans bagi mendapatkan pengesahan lebih lanjut.
Hubungi 03 – 4042 7766.
(Borang Tuntutan Rawatan Penyakit Kritikal)
(Borang Tuntutan Rawatan Penyakit Kritikal A)
(Borang Tuntutan Rawatan Penyakit Kritikal B)
(Borang Tuntutan Rawatan Penyakit Kritikal – Heart Attack)
(Borang Tuntutan Rawatan Penyakit Kritikal – Others)

D) BORANG TUNTUTAN RAWATAN KEILATAN KEKAL
Borang tuntutan yang telah lengkap hendaklah dipos atau dihantar melalui
serahan tangan ke Kota Mas. Pastikan Borang tuntutan yang dihantar
adalah yang original bertandatangan.
(Borang Tuntutan Rawatan Keilatan Kekal A)
(Borang Tuntutan Rawatan Keilatan Kekal B)

E) BORANG TUNTUTAN RAWATAN KEILATAN SEPARA KEKAL
Borang tuntutan yang telah lengkap hendaklah dipos atau dihantar melalui serahan tangan ke Kota Mas. Pastikan Borang tuntutan yang dihantar adalah yang original bertandatangan.
(Borang Tuntutan Rawatan Keilatan Separa Kekal A)
(Borang Tuntutan Rawatan Keilatan Separa Kekal B)

F) BORANG CARUMAN AHLI BARU ETIQA
Sebelum muat turun borang sila hubungi pegawai insurans bagi
mendapatkan pengesahan lebih lanjut.
Hubungi 03 – 4042 7766.
(Borang Caruman Ahli Baru Etiqa)

1.2 Insurans Perlindungan Kemalangan Kumpulan (AIG Malaysia Insurans Berhad)
Skim Perlindungan Kemalangan Koperasi Telekom Malaysia Berhad telah mencarum di dalam polisi “Perlindungan Kemalangan Berkumpulan” untuk melindungi semua anggota koperasi. Polisi ini dibiayai sepenuhnya oleh Koperasi sebanyak RM132,591.00 untuk melindungi anggota-anggota sekiranya berlaku kemalangan sahaja. Perlindungan Kemalangan Berkumpulan ini adalah bermula pada 16 Februari 2015 dengan manfaat yang terbaik Faedah

  • Tuntutan Kos penggunaan kenderaan ambulans sehingga RM 1,000 (mengikut terma dan syarat)
  • Elaun harian kemasukan ke wad / hospital bagi tempoh minima 6 jam disebabkan kemalangan sehingga 120 hari.
  • Tuntutan perbelanjaan “mobility Expenses” seperti alat bantuan berjalan sehingga RM 5,000 (mengikut terma dan syarat)
  • Perlindungan merangkumi kematian dan keilatan kekal menyeluruh berpunca daripada penyakit dan kemalangan.

1.2 Insurans Perlindungan Kemalangan Kumpulan (AIG Malaysia Insurans Berhad)
A)BORANG TUNTUTAN KEMALANGAN AIG MALAYSIA INSURANS BERHAD
Sila sertakan dokumen dibawah
1. salinan Discharge summary (dinyatakan sakit apa)
2. salinan bil hospital (jika ada)
3. salinan kad pengenalan
4. salinan dokumen yang berkaitan
5. salinan laporan polis (jika berkaitan)
6. resit original alat bantuan (perlu pengesahan doktor)
7. salinan lesen memandu
8. salinan cukai jalan
9. salinan slip gaji (terkini 1 bulan)
Borang tuntutan yang telah lengkap hendaklah dipos atau dihantar melalui serahan tangan ke Kota Mas. Pastikan Borang tuntutan yang dihantar adalah yang original bertandatangan.

Sebelum muat turun borang sila hubungi pegawai insurans bagi
mendapatkan pengesahan lebih lanjut. Hubungi 03 – 4042 7766.
(Borang Tuntutan Kemalangan AIG)
(Medical Report Doc AIG)

1.3 Tuntutan Kematian / Manfaat Pengebumian Insurans Berkelompok Takaful
Waris yang ingin membuat tuntutan kematian / manfaat pengebumian perlu
menyediakan dokumen seperti dibawah :-

1.3 Tuntutan Kematian / Manfaat Pengebumian Insurans Berkelompok Takaful
Waris yang ingin membuat tuntutan kematian / manfaat pengebumian perlu menyediakan dokumen seperti dibawah :-

  1. Borang Tuntutan Kematian
    (Borang Tuntutan Kematian)
  2. Salinan Permit Penguburan
  3. Salinan Sijil Kematian
  4. Salinan Kad Pengenalan Arwah
  5. Salinan Kad Pengenalan Waris
  6. Salinan Sijil Nikah (Jika Berkaitan)
  7. Original Borang Direct Payment (IBG FORM)
    Sila lengkapkan Borang ini sebelum dihantar (IBG FORM)
  8. Original Surat Akuan
    Sila dapatkan pengesahan daripada Pesuruhjaya Sumpah
    (Surat Akuan)

Sila dapatkan pengesahan daripada Pesuruhjaya Sumpah(Surat Akuan)
Sila lengkapkan dokumen yang diperlukan dan hantar ke alamat Kota Mas.
Maklumat lanjut sila hubungi Pegawai Puan Muzaidah ditalian 03 – 4042 7766.

Copyright © 2010-2017 Koperasi Telekom Malaysia Berhad. Tel: 03-4042 7766/7/8/9 | Fax: 03-4043 9071