loading

Berita & Aktiviti


Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t kepada seluruh warga Kota Mas yang dikasihi, saya mewakili Ahli Lembaga Pengurusan Kota Mas memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t bagi sepanjang tahun 2018 Kota Mas telah berjaya bangun dengan jayanya.

Tahun 2018 menyaksikan perubahan kepada kadar faedah ke atas pinjaman yang telah diturunkan dari kadar biasa 6% setahun. Selain itu, Kota Mas Trading & Services Sdn. Bhd. juga menawarkan harga yang lebih kompetitif ke atas barangan yang ditawarkan kepada anggota.

Dengan pengurusan yang efektif, nama Kota Mas telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia di tempat ke-30 koperasi terbaik diantara koperasi-koperasi di Wilayah Persekutuan.

Kota Mas telah melancarkan kad keanggotaan baru hasil kerjasama dengan pihak Bank Islam Malaysia Berhad. Ianya merupakan Kad ATM Debit yang boleh digunapakai di dalam dan luar negara. Usaha ini memberikan lebih banyak manfaat kepada anggota di mana salah satu fungsi Kad ATM debit tersebut membolehkan anggota membuat siampanan dengan akaun Tabung Haji.

Kad anggota ini akan mula diedarkan penghujung bulan Januari seluruh Malaysia. Ini adalah usahasama yang pertama kali dikalangan koperasi di Malaysia dan berharap akan menghasilkan kemajuan yang lebih progresif dalam usaha memantapkan perkhidmatan Kota Mas kepada seluruh anggotanya.

Waktu terus berjalan, belajarlah dari masalah, bersiaplah untuk masa depan. Berikan terbaik untuk tahun baru ini.

 

"Selamat Menyambut Tahun 2019"

 

Pengerusi

Kota Mas

Ucapan Tahun Baru 2019