loading

Berita & Aktiviti


TM DISTRIBUTION LIST KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman, satu platform baharu yang dinamakan TM Distribution List atau Jaringan Komunikasi Rasmi Tambahan kepada laman web rasmi KOTA MAS telah diwujudkan sebagai salah satu usaha berterusan pihak pentadbiran KOTA MAS untuk membentuk perubahan yang menyeluruh selari dengan prinsip "Smart Governance" terutamanya dari aspek komunikasi kepada anggota-anggota KOTA MAS.

Dengan adanya platform baharu ini, diyakini dapat memberi capaian yang lebih luas dan membantu KOTA MAS mencapai matlamat dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada seluruh angguta KOTA MAS.

Sehubungan dengan itu, pihak KOTA MAS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak TM di atas kebenaran serta kerjasama dalam proses mewujudkan Jaringan Komunikasi Rasmi Tambahan atau TM Distribution List ini. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada syarat-syarat penggunaan TM Distribution List yang sedia ada.

Sekian, untuk makluman semua anggota.

Ucapan Tahun Baru 2019