Sejarah Penubuhan
Koperasi pertama yang berdaftar di Tanah Melayu, ditubuhkan pada tahun 1922.
Perjalanan Sejarah
Sir Arthur Young memperkenalkan ideologi pergerakan koperasi ke Tanah Melayu selepas mengkaji gerakan koperasi di Cyprus.
Apabila Young dilantik sebagai Setiausaha Agung, jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji lanjut perkembangan gerakan koperasi.
C. Cavendish dihantar ke Burma untuk mengkaji gerakan koperasi di sana. Kajiannya menjadi asas kepada penggubalan enakmen koperasi.
"The Co-operative Societies Enactment, 1922" digubal berikutan laporan Cavendish, membuka jalan kepada penubuhan koperasi rasmi pertama di Tanah Melayu.
Ditubuhkan dengan 175 anggota dan modal RM987.00, dengan nombor pendaftaran 1/1922, iaitu koperasi pertama yang berdaftar di Malaysia. Pengasas pertama: Mr. T.A. Melville. Nama asal: "The Federated Malay State Posts and Telegraphs Co-Operative Thrift & Loan Society, Limited."
Keanggotaan dihadkan kepada pekerja telekomunikasi. Pekerja pos diberi pilihan untuk kekal atau menyertai Koponas (koperasi pos yang berasingan).
Dinamakan semula kepada "The Postal and Telecommunications Co-operative Thrift and Loan Society, West Malaysia Limited."
Dinamakan semula kepada "Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kota Mas)".
Nama ditukar kepada "Koperasi Jimat Cermat & Pinjaman Telekom Malaysia Berhad" selaras dengan perkembangan perkhidmatan koperasi.
"Koperasi Telekom Malaysia Berhad", nama yang kekal hingga hari ini.
KOTA MAS ialah koperasi pertama berdaftar di Malaysia, dengan nombor pendaftaran 1/1922.
Menjadi Kota Mas sebagai sebuah Koperasi yang sentiasa berdaya maju dan berdaya saing melalui peningkatan dan mobilisasi sumber kekuatan.