Mutiara Plus dari Etiqa

Skim perlindungan hayat berkelompok Mutiara Plus dengan kerjasama Etiqa Takaful Berhad — perlindungan menyeluruh untuk anggota dan keluarga dengan sumbangan serendah RM40 sebulan.

Kembali ke Insurans Takaful

Mutiara Plus dari Etiqa

Koperasi Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Etiqa Takaful Berhad menawarkan Insurans Berkelompok Mutiara Plus Takaful Etiqa Skim Perlindungan Hayat khas untuk anggota koperasi.

Semua manfaat perlindungan ini dapat dinikmati dengan sumbangan serendah RM40.00 sebulan sahaja.

Etiqa Takaful Berhad
RM40 / sebulan

Sumbangan minimum untuk menikmati semua manfaat di bawah

Manfaat Perlindungan

Perlindungan menyeluruh untuk anggota dan keluarga terdekat.

  • Perlindungan terhadap 36 penyakit kritikal
  • Elaun hospital harian (kemasukan minimum 6 jam)
  • Khairat kematian — RM2,000 (anggota), RM1,000 (pasangan), RM500 setiap anak (maksimum 3 orang)
  • Perlindungan kematian & keilatan kekal akibat penyakit atau kemalangan
  • Manfaat keilatan separa kekal mengikut skala yang ditetapkan
  • Perlindungan turut disediakan untuk keluarga anggota
Klik imej untuk paparan lebih besar
Manfaat untuk anggota
Manfaat untuk anggota
Manfaat untuk pasangan & anak
Manfaat untuk pasangan & anak

Senarai Penyakit Kritikal Dilindungi

Skim ini melindungi 36 jenis penyakit kritikal seperti berikut:

  • Alzheimer's Disease
  • Angioplasty
  • Bacterial Meningitis
  • Benign Brain Tumour
  • Blindness
  • Brain Surgery
  • Cancer
  • Chronic Aplastic Anaemia
  • Coma
  • Coronary Artery Bypass Surgery
  • Deafness
  • Encephalitis
  • Kidney Failure
  • End-Stage Liver Failure
  • End-Stage Lung Disease
  • Fulminant Viral Hepatitis
  • Heart Attack
  • Heart Valve Surgery
  • Loss of Speech
  • Third Degree Burns
  • Major Head Trauma
  • Major Organ / Bone Marrow Transplant
  • Medullary Cystic Disease
  • Motor Neuron Disease
  • Multiple Sclerosis
  • Muscular Dystrophy
  • Occupationally Acquired HIV
  • Serious Coronary Artery Disease
  • Paralysis of Limbs
  • Parkinson's Disease
  • Primary Pulmonary Arterial Hypertension
  • Cardiomyopathy
  • Stroke
  • Surgery to Aorta
  • Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
  • Terminal Illness

Borang & Dokumen

Muat turun borang yang berkaitan di bawah. Sila hubungi pegawai insurans di 03-4042 7766 untuk pengesahan sebelum mengisi borang tuntutan.

Borang Takaful

Permohonan Kemaskini Penamaan Benefisiari Polisi Takaful (Hibah Bersyarat)

Dengan segala hormatnya,

Dimaklumkan bahawa semua pemegang polisi takaful adalah digalakkan untuk mengemaskini penamaan benefisiari masing-masing kepada hibah bersyarat.

Untuk makluman, penamaan biasa hanya melantik penama sebagai wasi/pentadbir dan bukan penerima mutlak pampasan. Sekiranya berlaku tuntutan, pampasan tersebut berkemungkinan perlu melalui proses pentadbiran harta pusaka dan faraid, yang boleh mengambil masa serta melibatkan prosedur tambahan.

Sehubungan itu, kemaskini kepada hibah bersyarat adalah penting bagi memastikan manfaat takaful dapat disalurkan dengan lebih cepat dan teratur kepada penerima yang dimaksudkan.

Sekiranya memerlukan semakan atau bantuan lanjut, kami boleh dihubungi di 011-6548 1922.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.

Borang Tuntutan

Dokumen Sokongan Tuntutan

Sertakan dokumen berikut bersama borang tuntutan yang lengkap:

  • Ringkasan discaj (discharge summary) daripada hospital
  • Bil dan resit rawatan hospital
  • Salinan kad pengenalan (MyKad)
  • Dokumen sokongan lain yang berkaitan dengan tuntutan

Hantar borang asal yang telah ditandatangani bersama dokumen sokongan melalui pos atau serahan tangan ke pejabat Kota Mas. Bagi tuntutan rawatan hospital melebihi 25 hari (Seksyen B), pengesahan doktor diperlukan.

Pertanyaan Perlindungan Diri

Untuk pertanyaan mengenai skim Mutiara Plus atau bantuan tuntutan, hubungi pegawai insurans kami.

WhatsApp 011-6548 1922 anis@kotamas.com.my rohaini@kotamas.com.my